Quantcast
Channel: Rumah Kecil Tiang Seribu » saving
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Beli Kereta Baru atau Beli Rumah Baru?

$
0
0

Korang ada adik-adik yang masih belajar kat Universiti atau IPT tak? Pernah tak sembang-sembang dengan diaorang apa perancangan mereka lepas habis belajar? Aku pun ada sorang adik bongsu ni, dah abis dah semester akhir degree dia, sekarang tengah latihan praktik dan lepas tu terus boleh kerja.

Masa balik kampung 2 bulan lepas, dia tumpang aku balik since masa tu aku pun balik sorang2. So, dalam perjalanan tu, borak-borak la pasal macam-macam. Salah satu topik yang kami sembang ialah pasal abang aku suruh adik aku ni once kerja nanti beli kereta baru. Sebab dia kata, bila dah kerja, ada gaji, so baik beli terus kereta nanti duit gaji tak “hilang” ke tempat lain.

Aku dengar je cadangan tu, aku senyum tapi kening sedikit terangkat. Aku dengar lagi dia cerita pasal nak ambik kereta biasa-biasa aje. Bila dia nak sambung cerita lagi, aku cepat-cepat cantas hehehe.. aku cakap buat apa beli kereta, baik beli rumah. Adik aku tu terdiam kejap, lepas tu dia cakap, dia pun sebenarnya rasa macam tak kisah pun pasal kereta, tapi kalau beli rumah ni, macam takde modal.

So, aku pun start cerita kat dia, macam mana dia patut rancang dan buat bila dah dapat kerja dan ada gaji sendiri. Ini cerita bukan sebab dia adik aku, ni untuk semua adik-adik kita kat luar sana yang ada hajat nak berjaya dalam hidup dan ada matlamat untuk bebas kewangan (financial freedom).

Aku cakap kat adik aku tu, perkara paling penting bila dah start ada gaji nanti ialah menyimpan (saving). Since, dia yang bongsu, tak perlu fikir nak tanggung adik-beradik lain, so dia sepatutnya takde masalah nak menyimpan. Aku stresskan suruh dia disiplinkan diri berbelanja seolah-olah macam waktu dia jadi student. Jangan ingat bila dah ada pendapatan lebih banyak melalui duit gaji, kita kena ubah life-style kita sepadan dengan duit gaji yang kita dapat. Ramai yang tersilap langkah dan mula merungut-rungut cakap gaji tak cukup. Padahal kalau nak dibandingkan duit poket yang dia ada masa belajar dulu, sure jauh lebih banyak.

Tapi itulah, kadangkala kita sendiri pun masa first time dapat gaji, terus senyum sampai ke telinga. Yang kita ingat masa tu, nak merasa beli barang dan enjoy guna duit hasil titik peluh sendiri. Kalau anak mithali (mengenang jasa), dia akan bagi sebahagian duit gaji pertama tu kepada ibu-bapa atau ahli keluarga yang dia kenang. Lebihannya pulak dia akan belanja awek/pakwe (standard la) sambil enjoy beli pakaian atau barang kesukaan. OK la tu, first time dapat gaji, sure happy.

Yang menjadi kerugian ialah, mereka tak merancang apa perlu dibuat dengan duit gaji yang seterusnya. Adakah tiap-tiap bulan mereka akan enjoy dan hidup ala kadar bila gaji dah habis?

Kat sini aku tekankan kat adik aku. Kalau dia nak hidup senang kemudian hari, mulakan saving daripada saat pertama dia dapat duit gaji. Kalau boleh 30% dari jumlah gaji bersih dia dapat. Sebab tu penting untuk maintain gaya hidup biasa macam student dulu, oklah upgrade sikitlah dari cara berpakaian dan makan-makan, tapi jangan belanja lebih2 dan enjoy tak tentu pasal.

Untuk apa kita nak menyimpan duit 30% tu?. OK, mungkin setahun dua tak berapa nampak gunanya. Tapi bayangkan selepas 5 tahun, kalau gaji starting RM2500, tolak EPF dan SOCSO tinggallah RM2000 (anggaran), so 30% dari RM2000 ialah RM600. Buka account bank atau tabung Haji, terus simpan RM600 tu tiap-tiap bulan. Gaji bersih masih berbaki RM1400. Banyak tak RM1400 dibanding dengan elaun saku RM500 masa study dulu?

So, RM600 x 12 x 5 tahun = RM36,000. Nak buat apa dengan duit RM36,000 ni? OK, macam-macam kita boleh buat cik adik oi. Kalau beli rumah yang harga dalam RM250K, dah boleh bayar 10% deposit dan duit kos guaman sedikit sebanyak. Kalau katakan duit RM600 tiap-tiap bulan tu digunakan untuk bayar kereta baru (for sure bukan Honda dan Toyota la tuan2), selepas 5 tahun pun kereta tu tak habis bayar lagi. Nak beli rumah masa tu pun, sure garu kepala tak gatal nak cari duit deposit 10%. Ada nampak tak?

Kalau nak sangat pakai kereta masa mula-mula kerja, cuba cari kereta second-hand dulu ke, atau mintak abang-abang/kakak yang berkemampuan share untuk belikan dulu kereta second-hand yang harga dalam RM10K (ada lagi aku rasa kancil kat market). Lepas tu korang bayar la bulan-bulan ikut kemampuan kat kakak/abang korang tu. Bila dapat bonus atau rezeki hujung tahun, boleh la bayar lebih sikit kat diaorang.

Bukan apa adik-adik oi, beli kereta baru, nilai dia susut setiap tahun. Mula-mula kerja ni, orang tak mengata pun kalau pakai kereta second-hand. Kalau nak lagi best, naik pengangkutan awam je. Sempoi je, duit gaji lebihan simpan banyak-banyak untuk kegunaan lebih penting. Itu belum lagi nak dicampur dengan duit nak pakai untuk kahwin. Hehehe, cerita pasal bajet untuk kawin ni pun ada caranya, tapi dah masuk bab lain pulak.

Tapi korang toksah gatal dulu la, kalau tak tahan sangat, puasa sunat banyak-banyak hehehe, kalau dah mampu serba serbi dan dah wajib untuk bernikah, baru teruskan. Cabaran nak bina masjid ni bukan sekadar kemampuan zahir batin saja, sebab tu aku cakap ni dah masuk topik lain huhu..

So, itu ajelah aku nak share pasal borak-borak aku dengan adik bongsu aku tu tentang perancangan kewangan dia bila dah start kerja. Aku fikir, benda ni kita patut beritahu dekat diaorang, sebab kita dah ada pengalaman. Kalau korang ada apa-apa nak tambah, sila berikan dekat ruangan komen.

Selamat Berpuasa tuan-puan, datuk seri, tan sri, adik, abang, dan kakak-kakak sekelian :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Latest Images

Trending Articles